Isnin, 13 April 2015

FASA - FASA

4.0        FASA – FASA

4.1 Fasa permulaan

Setiap atlet mempunyai cara tersendiri dalam fasa permulaan. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh setiap atlet untuk memulakan larian mereka. Namun secara umumnya terdapat tiga cara untuk permulaan iaitu;

Memulakan larian tanpa menggunakan blok permulaan
a.)  Gaya peluru ( bullet/bunch/kangaroo start )
-       Atlet berdiri rapat dengan garisan dan kira dua atau satu setengah tapak.
-       Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

b.)  Gaya sederhana ( medium start )
-       Berdiri rapat dengan garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
-       Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
-       Ruang antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


c.)  Gaya panjang ( elongated start )
-       Berdiri rapat dengan garisan dan kira dua atau satu setengah tapak.
-       Lutut tapak kaki belakang sebaris dengan hujung tumit kaki di bahagian hadapan.
-       Ruang antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk


Memulakan larian dengan menggunakan blok permulaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan oleh jurulatih untuk menggunakan blok permulaan. Namun, yang paling umum digunakan adalah gaya yang ditunjukkan oleh seorang jurulatih  (dalam Payne, 1985). Secara amnya blok permulaan ini membantu pelari untuk memulakan larian dengan lebih cepat.
a.)  Gaya peluru
-       Blok permulaan rapat dengan garis permulaan.
-       Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan.
-       Blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

b.)  Gaya sederhana
-       Letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan.
-       Blok belakang diletakkan tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

c.)  Gaya panjang
-       Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan.
-       Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


4.2        Fasa pecutan
Selepas arahan pelepasan ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

a.)  Teknik kelajuan maksimum dan pergerakan kelajuan
-       Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya, 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira – kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula, seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 – 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

b.)  Teknik larian di selekoh
-       Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa ‘centrifugal’. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’, seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

c.)  Kedudukan tangan
-       Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari – jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.


d.)  Kedudukan kepala dan leher
-       Kepala dari leher di dongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

e.)  Pergerakan tangan dan kaki
-       Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
-       Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

f.)   Lutut
-       Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.


4.3        Fasa penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Sebagai contoh, 110 meter untuk 100 meter dan 210 meter untuk 200 meter. Maka, adalah sangat perlu bagi seorang atlet untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
















KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

3.0      KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

3.1      permulaan

Teknik permulaan juga dikenali sebagai permulaan berdekam ataupun ‘crouch start’. Pengukuran untuk permulaan blok di hadapan ialah dengan berpandukan kepada saiz kaki atau tapak kaki dari garisan permulaan. Condongkan muka di blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah. Manakala blok belakang agak tinggi sedikit berbanding hadapan. Manakala jarak antara blok hadapan dengan blok belakang biasanya 1 1/2 tapak kaki tetapi bergantung pada panjang kaki dan keselesaan pelari itu sendiri.


3.2      ‘ke garisan’
Pada keadaan ini badan atlet agak tenang. Tangan diletakkan hampir tetapi belakang garisan permulaan. Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu sementara ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari yang lain dirapatkan.


3.3      ‘sedia’
Berat badan pada ketika ini dipindahkan ke hadapan dan terletak di atas kedua dua belah tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit dan punggung diangkat sehingga lutut dan kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu.


3.4      Mula berlari
Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut. Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya diwujudkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.


3.4.1 Pergerakan tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah menggayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menggayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerakkan kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun ke belakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semasa untuk berlari dan memecut.

3.4.2 Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lari pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah di renggang penuh ke belakang badan.

Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pemegang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.


3.4.3 Menamatkan Larian Pecut.
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.









PERALATAN OLAHRAGA PECUT 100 METER

2.0 PERALATAN OLAHRAGA

2.1      Kasut

Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya. 

2.2      Blok permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan di awal garisan permulaan untuk membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas, maksimum dan secara eksplosif semasa memulakan larian. Blok permulaan digunakan di seluruh dunia dalam acara olahraga dan merupakan alat penting digunakan jika catatan masa menggunakan ‘ elektronik time’.


2.3      Pakaian sukan

Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’


2.4 Stadium atau kompleks
Stadium atau kompleks amat penting dalam menganjurkan kejohanan. Ia digunakan untuk melaksanakan kejohanan serta menjalankan prosedur yang telah ditetapkan dengan menyediakan tempat khas seperti lorong larian, gelanggang, tapak seperti tapak lontar peluru dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan kekucar kaciran berlaku disebabkan kecuaian penyediaan tempat pertandingan.

SEJARAH OLAHRAGA DAN LARIAN PECUT

OBJEKTIF KAJIAN

1) Memberi pengajaran tentang olahraga melalui ICT
2) Mengajar tentang asas teknik larian pecut
3) Menyatakan keperluan dan kepentingan larian pecut
4) Antara usaha untuk memperkenalkan acara melalui ICT

1.0      PENGENALAN
1.1      Sejarah olahraga dan larian pecut

Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. lni disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun wanita. Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun acara berpasukan. Kalau dalam permainan lain hanya satu pingat emas sahaja yang yang menjadi rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar seperti Sukan Qlimpik , Sukan Asia , atau Sukan SEA sungguhpun lebih dan seorang pemain dalam sesuatu pasukan. Dalam olahraga setiap acara rnempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja , peserta yang bertanding mudah memenangi satu pingat emas. Ini bermakna dalam kebanyakan kejohanan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Olahraga telah wujud semenjak 3000 tahun yang lalu. Olahraga pada asalnya telah berkembang di Greece dan dianggap sebagai sukan yang tertua dan pertama sekali di dunia. 

Menurut ‘The encyclopedia of sports’, acara yang pertama sekali dicatat sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh di mana seorang ahli sukan Sparta iaitu chinos berjaya melompat dan seterusnya mencatatkan rekod lompatan sejauh 23 kaki 1 1/2 inci di sukan Olimpik 656SM. Pada peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan seperti membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti dan sukan yang berbentuk pertempuran. Olahraga kemudiannya bermula dari sukan Olimpik moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece pada tahun 1896. Sukan olahraga ini telah dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali dan dilangsungkan sehingga kini. Olahraga merupakan elemen yang penting dalam sukan Olimpik moden dan dipraktikkan di seluruh dunia kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh memberi kesan positif kepada fizikal individu.

    Kelab olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘ The Necton Guild’. Selepas penubuhan kelab itu, semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan untuk tujuan menyokong olahraga yang semakin berkembang. Antara kelab terkenal yang telah ditubuhkan pada masa itu ialah Exeter College Athletic Club, Oxford Universiti. Manakala kejohanan kebangsaan pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, semakin ramai atlit daripada Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu juga atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara olahraga. Ternyata kebanyakan peserta dari Amerika syarikat ini yang berketurunan Negro. Kewujudan IAAF telah berjaya menggerakkan, melaksanakan dan menganjur program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan. Peranan IAAF sebenarnya adalah sebagai penasihat dan pengiktirafan kepada semua perjumpaan sukan besar ini. 

   Manakala lari pecut pula merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Acara pecut atau asacara stade adalah antara acara yang terawal dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini mewakili panjang stadium yang digunakan. Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz tapak kaki mereka berbeza. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang - undang dan peraturan khusus serta prosedur dan penjagaan masa yang tepat. Pada tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan larian seperti kaedah ‘pencil start’ di mana atlet hendaklah berlari dalam jarak 20meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan larian ini dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. 

Lari pecut memerlukan koordinasi bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat seperti 100meter, 200meter dan 400meter yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Prinsip asas larian yang betul adalah seperti berlari di atas hujung kaki dan bukannya menggunakan keseluruhan tapak kaki. Ia dikenali sebagai ‘Ball Feet’. Selain itu, semasa melakukan larian, kaki belakang hendaklah diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut di samping tangan digerakkan sepantas yang boleh. Semasa dalam fasa larian, leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa, tidak ditegangkan kerana ia memberi kesan pada larian atlet dan mengganggu sistem tubuh yang berusaha untuk menghabiskan larian. Bagi seorang atlet, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk memperoleh kejayaan. Lari pecut dalam olahraga adalah yang terpantas dibandingkan dengan acara  yang lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan juga faktor insentif yang bakal diberikan jika mendapat pingat dalam kejohanan tersebut.