Isnin, 13 April 2015

KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

3.0      KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

3.1      permulaan

Teknik permulaan juga dikenali sebagai permulaan berdekam ataupun ‘crouch start’. Pengukuran untuk permulaan blok di hadapan ialah dengan berpandukan kepada saiz kaki atau tapak kaki dari garisan permulaan. Condongkan muka di blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah. Manakala blok belakang agak tinggi sedikit berbanding hadapan. Manakala jarak antara blok hadapan dengan blok belakang biasanya 1 1/2 tapak kaki tetapi bergantung pada panjang kaki dan keselesaan pelari itu sendiri.


3.2      ‘ke garisan’
Pada keadaan ini badan atlet agak tenang. Tangan diletakkan hampir tetapi belakang garisan permulaan. Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu sementara ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari yang lain dirapatkan.


3.3      ‘sedia’
Berat badan pada ketika ini dipindahkan ke hadapan dan terletak di atas kedua dua belah tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit dan punggung diangkat sehingga lutut dan kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu.


3.4      Mula berlari
Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut. Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya diwujudkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.


3.4.1 Pergerakan tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah menggayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menggayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerakkan kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun ke belakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semasa untuk berlari dan memecut.

3.4.2 Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lari pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah di renggang penuh ke belakang badan.

Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pemegang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.


3.4.3 Menamatkan Larian Pecut.
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan