OBJEKTIF KAJIAN
1) Memberi
pengajaran tentang olahraga melalui ICT
2) Mengajar
tentang asas teknik larian pecut
3) Menyatakan
keperluan dan kepentingan larian pecut
4) Antara
usaha untuk memperkenalkan acara melalui ICT
1.0
PENGENALAN
1.1
Sejarah olahraga dan larian pecut
Sukan olahraga merupakan
sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. lni
disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun
wanita. Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun
acara berpasukan. Kalau dalam permainan lain hanya satu pingat emas sahaja yang
yang menjadi rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar seperti Sukan Qlimpik ,
Sukan Asia , atau Sukan SEA sungguhpun lebih dan seorang pemain dalam sesuatu
pasukan. Dalam olahraga setiap acara rnempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya
memenangi satu acara sahaja , peserta yang bertanding mudah memenangi satu
pingat emas. Ini bermakna dalam kebanyakan kejohanan sukan yang dinyatakan,
hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Olahraga telah wujud
semenjak 3000 tahun yang lalu. Olahraga pada asalnya telah berkembang di Greece
dan dianggap sebagai sukan yang tertua dan pertama sekali di dunia.
Menurut ‘The encyclopedia
of sports’, acara yang pertama sekali dicatat sebagai sukan olahraga ialah
lompat jauh di mana seorang ahli sukan Sparta iaitu chinos berjaya melompat dan
seterusnya mencatatkan rekod lompatan sejauh 23 kaki 1 1/2 inci di
sukan Olimpik 656SM. Pada peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang Yunani
dan Roman yang cenderung kepada permainan seperti membaling, sukan kereta kuda
lumba, gusti dan sukan yang berbentuk pertempuran. Olahraga kemudiannya bermula
dari sukan Olimpik moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece pada
tahun 1896. Sukan olahraga ini telah dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur
Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan
empat tahun sekali dan dilangsungkan sehingga kini. Olahraga merupakan elemen
yang penting dalam sukan Olimpik moden dan dipraktikkan di seluruh dunia kerana
nilai pendidikannya dan peranannya boleh memberi kesan positif kepada fizikal
individu.
Kelab olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘ The Necton Guild’.
Selepas penubuhan kelab itu, semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan
untuk tujuan menyokong olahraga yang semakin berkembang. Antara kelab terkenal
yang telah ditubuhkan pada masa itu ialah Exeter College Athletic Club, Oxford
Universiti. Manakala kejohanan kebangsaan pertama diadakan pada tahun 1876
antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, semakin ramai atlit daripada
Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun
begitu juga atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara
olahraga. Ternyata kebanyakan peserta dari Amerika syarikat ini yang
berketurunan Negro. Kewujudan IAAF telah berjaya menggerakkan, melaksanakan dan
menganjur program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara
berterusan. Peranan IAAF sebenarnya adalah sebagai penasihat dan pengiktirafan
kepada semua perjumpaan sukan besar ini.
Manakala lari pecut pula merupakan salah satu acara
terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Acara pecut atau
asacara stade adalah antara acara yang terawal dipertandingkan dan melibatkan
jarak 192 meter. Jarak ini mewakili panjang stadium yang digunakan. Pada zaman Olimpik
kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan
stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok
permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan
blok yang tetap walaupun saiz tapak kaki mereka berbeza. Perkembangan lari
pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang - undang dan peraturan khusus
serta prosedur dan penjagaan masa yang tepat. Pada tahun 1880an, ramai
jurulatih membuat percubaan cara memulakan larian seperti kaedah ‘pencil start’
di mana atlet hendaklah berlari dalam jarak 20meter pertama dengan memegang pensel.
Permulaan larian ini dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Lari pecut memerlukan
koordinasi bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut
ialah acara olahraga jarak dekat seperti 100meter, 200meter dan 400meter yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas
mungkin. Prinsip asas larian yang betul adalah seperti berlari di atas hujung
kaki dan bukannya menggunakan keseluruhan tapak kaki. Ia dikenali sebagai ‘Ball
Feet’. Selain itu, semasa melakukan larian, kaki belakang hendaklah diluruskan
setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut di samping tangan
digerakkan sepantas yang boleh. Semasa dalam fasa larian, leher dan bahu
hendaklah dalam keadaan selesa, tidak ditegangkan kerana ia memberi kesan pada
larian atlet dan mengganggu sistem tubuh yang berusaha untuk menghabiskan
larian. Bagi seorang atlet, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
memperoleh kejayaan. Lari pecut dalam olahraga adalah yang terpantas dibandingkan
dengan acara yang lain. Larian pantas
ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,
permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan
juga faktor insentif yang bakal diberikan jika mendapat pingat dalam kejohanan
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan